In financial accounting, a cash flow statement, also known as statement of cash flows, is a financial statement that shows how changes in balance sheet accounts and income affect cash and cash equivalents, and breaks the analysis down to operating, investing and financing activities. |
Dalam perakaunan, penyata kewangan, juga dikenali sebagai penyata aliran tunai merupakan dokumen kewangan yang memperincikan bagaimana perubahan dalam akaun kunci kira-kira dan pendapatan memberi kesan terhadap tunai dan simpanan tunai, dan mengelaskan analisis kepada tiga aktiviti utama iaitu operasi, pelaburan, dan pembiayaan. |
Essentially, the cash flow statement is concerned with the flow of cash in and out of the business. |
Pada asasnya, penyata aliran tunai mengutamakan kepada pergerakan masuk dan keluar wang dalam sesebuah perniagaan. |
The statement captures both the current operating results and the accompanying changes in the balance sheet. |
Penyata ini merangkumi hasil operasi semasa serta perubahan yang berlaku dalam kunci kira-kira. |
As an analytical tool, the statement of cash flows is useful in determining the short-term viability of a company, particularly its ability to pay bills. |
Sebagai kaedah penilaian, penyata aliran tunai membantu menilai keupayaan jangka pendek sesebuah syarikat, khususnya dalam memastikan ia mampu menampung kos. |
International Accounting Standard 7 (IAS 7), is the International Accounting Standard that deals with cash flow statements. |
Piawaian Perakaunan Antarabangsa 7 (IAS 7) ialah standard perakaunan yang menggariskan prinsip berkaitan penyata aliran tunai. |
People and groups interested in cash flow statements include: |
Individu dan pihak yang berminat terhadap penyata aliran tunai termasuk: |
Accounting personnel, who need to know whether the organization will be able to cover payroll and other immediate expenses |
Pegawai perakaunan yang perlu memastikan sama ada organisasi mampu menampung gaji pekerja dan perbelanjaan mendesak, |
Potential lenders or creditors, who want a clear picture of a company's ability to repay |
Pemberi pinjaman atau pemiutang berpotensi yang ingin memahami dengan jelas keupayaan syarikat untuk membayar balik hutang, |
Potential investors, who need to judge whether the company is financially sound |
Pelabur berpotensi yang perlu menilai sama ada syarikat berada dalam keadaan kewangan yang kukuh, |
Potential employees or contractors, who need to know whether the company will be able to afford compensation |
Bakal pekerja atau kontraktor yang ingin memastikan syarikat mampu menyediakan bayaran atau imbuhan yang sewajarnya, |
Shareholders of the business. |
Pemegang saham perniagaan. |