The overall marketing strategy of an organization should focus on developing relationships with customers to understand their needs, and to develop goods, services, and ideas to meet those needs. |
Keseluruhan strategi pemasaran untuk sebuah organisasi harus menumpukan kepada pembangunan perhubungan dengan pelanggan untuk memahami keperluan mereka, dan membangunkan barangan, perkhidmatan, dan idea untuk memenuhi keperluan tersebut.
|
Information Gathering: research potential customers, their needs, and spending habits in order to understand what sort of product, service, or idea they wish to buy. |
Pengumpulan Maklumat: menyelidik bakal pelanggan, keperluan mereka dan tabiat berbelanja untuk memahami apakah jenis produk, perkhidmatan atau idea yang ingin mereka beli. |
Evaluation of Organization Capabilities: decide what your organization can produce relatively well, and what your organization is not capable of producing based on the organization's specific strengths and weaknesses. |
Penilaian Keupayaan Organisasi: menentukan apakah yang boleh dihasilkan oleh organisasi anda dengan agak baik, dan apakah yang organisasi anda tidak mampu hasilkan berdasarkan kekuatan dan kelemahan khusus organisasi. |
Identify Market Opportunities: research the current market for a product idea, and look for an opportunity; such as no competition or strong demand. |
Mengenalpasti Peluang Pasaran: menyelidik pasaran semasa untuk idea produk, dan cari peluang; seperti tiada persaingan atau permintaan yang tinggi. |
Set Objectives of Marketing Strategy: decide what results need to be achieved in order to reach the organization's goals; such as a specific increase in sales, or net profits. |
Menetapkan Objektif Strategi Pemasaran: menentukan apakah keputusan yang perlu diraih untuk mencapai matlamat organisasi; seperti peningkatan khusus dalam jualan, atau keuntungan bersih. |
Formulate an Action Plan: List the specific steps the organization needs to take in order to implement the marketing plan, and assign the responsibilities to specific staff members. |
Merangka Pelan Tindakan: Menyenaraikan langkah-langkah khusus yang perlu diambil oleh organisasi untuk melaksanakan pelan pemasaran, dan menyerahkan tanggungjawab kepada ahli staf tertentu. |
Monitor & Evaluate: Study the marketing plan regularly, at least once per quarter, to track performance against the set objectives. |
Pemantauan & Penilaian: Megkaji pelan pemasaran secara berkala, sekurang-kurangnya sekali setiap suku tahun, untuk mengesan prestasi berbanding objektif yang ditetapkan. |