The overall marketing strategy of an organization should focus on developing relationships with customers to understand their needs, and to develop goods, services, and ideas to meet those needs. |
Strategi pemasaran keseluruhan bagi sesebuah organisasi harus fokus pada mengeratkan hubungan dengan pelanggan untuk memahami keperluan mereka, untuk penambahbaikkan barang, perkhidmatan, dan idea untuk memenuhi keperluan tersebut. |
Information Gathering: research potential customers, their needs, and spending habits in order to understand what sort of product, service, or idea they wish to buy. |
Maklumat Terkumpul: Selidik pelanggan potensi, keperluan mereka, dan tabiat perbelanjaan untuk memahami jenis produk, perkhidmatan atau idea yang ingin mereka beli. |
Evaluation of Organization Capabilities: decide what your organization can produce relatively well, and what your organization is not capable of producing based on the organization's specific strengths and weaknesses. |
Penilaian Keupayaan Organisasi: tentukan apa yang dapat dihasilkan oleh organisasi anda dengan baik, dan apa yang tidak dapat dihasilkan oleh organisasi anda berdasarkan kekuatan dan kelemahan tertentu organisasi. |
Identify Market Opportunities: research the current market for a product idea, and look for an opportunity; such as no competition or strong demand. |
Kenal pasti Peluang Pasaran: selidik pasaran semasa untuk idea produk, dan cari peluang; seperti tiada persaingan atau permintaan yang kuat. |
Set Objectives of Marketing Strategy: decide what results need to be achieved in order to reach the organization's goals; such as a specific increase in sales, or net profits. |
Tetapkan Objektif Strategi Pemasaran: tentukan hasil apa yang perlu dicapai untuk mencapai tujuan organisasi; seperti kenaikan tertentu untuk jualan, atau keuntungan bersih. |
Formulate an Action Plan: List the specific steps the organization needs to take in order to implement the marketing plan, and assign the responsibilities to specific staff members. |
Rumuskan Rancangan Tindakan: Senaraikan langkah-langkah tertentu yang perlu diambil oleh organisasi untuk melaksanakan rancangan pemasaran, dan berikan tanggungjawab kepada anggota staf tertentu. |
Monitor & Evaluate: Study the marketing plan regularly, at least once per quarter, to track performance against the set objectives. |
Pantau & Nilai: Pelajari rancangan pemasaran secara berkala, sekurang-kurangnya sekali setiap suku tahun, untuk mengesan prestasi terhadap objektif yang ditetapkan. |