- Cut a full chicken into medium size pieces of about 5 to 7 cm each and slice them at edges with a knife. |
Potong seekor ayam dalam saiz sederhana, kira-kira 5 ke 7cm dan hiris pada bahagian tepi menggunakan pisau. |
- Make a solution of 150ml Yoghurt, 1 tsp salt, 1 tsp Red chilli powder, 1~2 tsp garam masala powder, 1 tsp red pepper powder, 4 to 6 cloves of cut garlic, 10 to 20 coriander leaves, half tsp black pepper powder ground. |
Campurkan 150ml yogurt, 1 sudu kecil garam, 1 sudu kecil serbuk cili, 1~2 sudu kecil garam masala, 1 sudu kecil serbuk lada merah, 4-6 ulas bawang putih yang dihiris, 10-20 helai daun ketumbar, dan setengah sudu kecil serbuk lada hitam. |
Don't add water to it. |
Jangan tambah air. |
- Soak chicken pieces in the above solution and let that marinade for about 8 hours. |
Perap potongan ayam dalam campuran bahan tadi selama lebih kurang 8 jam. |
Store the above in a fridge overnight. |
Simpan perapan di dalam peti sejuk dan biarkannya semalaman. |
- When you start cooking, cut 2 onions into large rings and fry them in olive or sunflower oil over low heat. |
Untuk mula memasak, potong 2 biji bawang menjadi gegelang dan tumiskan dalam minyak zaitun atau minyak bunga matahari dengan api kecil. |
- Add 1 tsp garam masala, red chilli powder, two or three green chillis and fry them in 3 or 4 table spoons of oil until onions are light yellow in color. |
Masukkan 1 sudu kecil garam masala, serbuk cili, dua atau tiga biji cili hijau dan tumis dalam 3-4 sudu besar minyak masak sehingga bawang bertukar kekuningan. |
Add two or three cashew nuts which are grounded. |
Tambahkan dua atau tiga kacang gajus yang telah ditumbuk. |
Add one finely chopped tomato if desired. |
Jika mahu, boleh juga masukkan sebiji tomato yang dicincang halus. |
- Add chicken pieces to the above oil and fry them for about 5 minutes while stirring them. |
Masukkan potongan ayam ke dalam minyak tadi dan goreng selama kira-kira 5 minit sambil digaul rata. |
After this, Add the solution prepared above and add water until all chicken pieces are completely immersed in water. |
Seterusnya, tambahkan air sehingga semua potongan ayam terendam elok. |
You would need a large cooking pot which is vertical for better results. |
Lebih baik jika periuk yang besar dan tinggi digunakan untuk tujuan ini. |
- Heat the above under low to medium heat for about 30 to 45 minutes or slightly more. |
Masak atas api kecil ke sederhana selama lebih kurang 30-45 minit atau lebih lagi. |
Add 100ml coconut milk if desired. |
Jika mahu, tambahkan 100 ml santan. |
- Wait for a few minutes until the chicken pieces are tender and have absorbed the solution. |
Tunggu beberapa minit sehingga ayam empuk dan menyerap larutannya. |
- When serving, use a small onion and sprinkle some juice over chicken. |
Untuk menghidang, ambil sebiji bawang kecil dan taburkan hirisannya ke atas ayam. |
This recipe works well with long grain Basmati rice. |
Resepi ini sangat sesuai digunakan untuk beras Basmati panjang. |
- Serve with rice. |
Hidangkan bersama nasi. |