Business (or Strategic) management is the art, science, and craft of formulating, implementing and evaluating cross-functional decisions that will enable an organization to achieve its long-term objectives. |
Pengurusan Perniagaan (atau Pengurusan Strategik) adalah suatu seni, sains dan kerja tangan yang menghasilkan formula, melaksanakan dan menilaikan keputusan persilangan fungsi yang membolehkan organisasi mencapai objektif-objektif jangka panjang. |
It is the process of specifying the organization's mission, vision and objectives, developing policies and plans, often in terms of projects and programs, which are designed to achieve these objectives, and then allocating resources to implement the policies and plans, projects and programs. |
Ia adalah proses pengkhususan misi, visi dan objektif sesebuah organisasi, merangka polisi dan perancangan, yang lazimnya terkandung di dalam terma sesuatu projek dan program yang direka seiring untuk menjayakan objektif, seterusnya penyaluran sumber untuk perlaksanaan polisi dan perancangan, projek dan program. |
Strategic management seeks to coordinate and integrate the activities of the various functional areas of a business in order to achieve long-term organizational objectives. |
Pihak pengurusan strategik sedang merancang untuk merangka dan menyatukan aktiviti-aktiviti dari pelbagai fungsi dalam bidang perniagaan dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif jangka panjang organisasi. |
A balanced scorecard is often used to evaluate the overall performance of the business and its progress towards objectives. |
Keseimbangan kad skor kerap kali digunakan dalam penilaian pencapaian keseluruhan perniagaan dan tahap kemajuan dalam mencapai objektif. |
Strategic management is the highest level of managerial activity. |
Tahap tertinggi di dalam aktiviti pengurusan adalah pengurusan strategik. |
Strategies are typically planned, crafted or guided by the Chief Executive Officer, approved or authorized by the Board of directors, and then implemented under the supervision of the organization's top management team or senior executives. |
Pada lazimnya strategi dirancang, diolah dan dibimbing oleh Ketua Pegawai Eksekutif, diluluskan dan diberi kuasa oleh Ahli-ahli Lembaga Pengarah, dan kemudiannya dilaksanakan dibawah pemantauan pengurusan tertinggi atau pegawai kanan dalam sesebuah organisasi. |
Strategic management provides overall direction to the enterprise and is closely related to the field of Organization Studies. |
Pengurusan strategik berkait rapat dengan bidang Kajian Organisasi dan menyediakan halatuju secara menyeluruh kepada perusahaan. |
In the field of business administration it is useful to talk about "strategic alignment" between the organization and its environment or "strategic consistency". |
Perbincangan tentang "penjajaran strategik" di antara organisasi dan situasi persekitarannya atau "konsisten strategik" di dalam bidang pentadbiran perniagaan adalah sangat bermanfaat. |
According to Arieu (2007), "there is strategic consistency when the actions of an organization are consistent with the expectations of management, and these in turn are with the market and the context." |
Merurut kepaada Arieu (2007), "satu konsisten strategik berlaku apabila sesebuah organisasi itu bertindak secara konsisten memenuhi jangkaan pihak pengurusan, seterusnya seiring dengan pasaran dan konteks." |