Kisah-kisah dalam buku ini (dan juga susulannya The Second Jungle Book pada tahun 1895, yang merangkumi lima kisah tambahan mengenai Mowgli) merupakan cerita teladan yang menggunakan haiwan bersifat manusia untuk menyampaikan pendidikan akhlak. |
Stories in this book ( and also its sequel The second Jungle Book in the year 1895, that consists five additional stories about Mowgli) are exemplary stories using animals with human characters to deliver moral education. |
Contohnya, rangkap-rangkap dalam The Law of the Jungle menetapkan peraturan keselamatan individu, keluarga dan masyarakat. |
For example, passages in The Law of the Jungle teach the safety rules for individual, family, and society. |
Kipling menulis segala yang diketahui, "didengari atau diimpikannya mengenai hutan rimba India." |
Kipling wrote everything he knew, heard or dreamed about the Indian jungles. |
Sesetengah pembaca pula mentafsirkan karya ini sebagai alegori politik dan masyarakat sezaman Kipling itu. |
Some of the readers interpret this literature as an allegory of the politics and societies during Kiplings time. |
Kisah yang paling terkenal sekali adalah yang mengisahkan pengembaraan seorang kanak-kanak terbiar bernama Mowgli yang dibesarkan oleh sekawan serigala dalam hutan rimba India. |
The most famous story is about an abandoned child named Mowgli raised by a pack of wolves in the Indian jungle. |
Selain kisah Mowgli, tidak kurang dikenali juga kisah-kisah "Rikki-Tikki-Tavi" yang mengisahkan cerpelai yang sungguh berani, dan "Toomai of the Elephants" yang mengenai seorang jurulatih gajah yang muda. |
Besides Mowgli, there are other well known stories such as " Rikki-Tiki-Tavi" that tells about a brave weasel, and "Toomai of the Elephants" about a young elephant coach. |
Kotick, The White Seal yang tercari-cari tempat perlindungan bagi kaumnya dari ancaman pemburu, dilihat sebagai metafora untuk Zionisme. |
Kotick, The White Seal looking for shelter from its hunter is seen as a metaphore for Zionism. |
Seperti kebanyakan karya-karya Kipling yang lain, setiap cerita didahului oleh serangkap sajak, dan diakhiri oleh serangkap lagi pantun. |
Just like most of Kiplings work, every story starts and ends with a poem. |
Disebabkan nilai-nilai murni yang diterapkan, The Jungle Book dijadikan buku motivasi oleh Pengakap Muda, iaitu bahagian kanak-kanak pergerakan Pengakap. |
Because of its values, The Jungle Book is made a motivational book by Young Scouts, a division in Scouts. |
Penggunaan unsur-unsur alam dalam buku ini mendapat kelulusan Kipling setelah menerima petisyen terus dari Robert Baden-Powell, pengasas pergerakan Pengakap yang pernah meminta izin Kipling untuk penggunaan Memory Game dari novel Kim bagi tujuan menaikkan semangat dan kesihatan belia golongan pekerja di kawasan bandar. |
The naturistic elements used in the book is approved by Kipling after a direct petition from Robert Baden-Powell, a founder of the scouts movement asking Kipling for permission to use Memory Game from the novel Kim to raise moral and also health awareness of the youths working in the urban area. |
Akela, ketua serigala dalam The Jungle Book, melambangkan tokoh senior dalam pergerakan pengakap, maka namanya dipakai oleh ketua setiap kawanan Pengakap Muda. |
Akela, the wolf leader in The Jungle Book, symbolizes seniority in the scouts movement, and therefore its name being used for the every scout group leaders. |